Wednesday, December 31, 2008

Hmmm...Mana Sungai Udang?

Semalam, malam tahun baru. Balik dari kerja, saya terus ke rumah MIL. Nak ambik Fatiha. Nenek dia yang jaga dia. Sampai saja kat rumah, dia dah tidur. Kasihan anak umi. Tapi, tidur2 ayam saja rupanya. Tengah duk sembang dengan MIL, dia datang dalam mamai. Saja nak usik dia, saya tanya:

'Tiha nak tengok muka api?'
'Nak... Tengok bunga api kat mana umi?,' dia yang tanya tu.
'Tengok bunga api kat Sungai Udang (rumah saya)?,'MIL saya menyampuk sambil tersengih. Saja nak mengusik dia. Saya gelak.
'Ha ah,'saya jawab dalam main-main.
'Nak...Nak...Tiha nak tengok bunga api kat Sungai Udang,'serius betul jawabnya.
Kasihan tengok muka seriusnya saya cakap:
'Tak adalah. Tak nak pergi tengok bunga apilah,'
Dia diam terus. Sibuk pula mengacau saya makan nasi. Ingat selesai kat situ. Hahaha. Rupanya tidak.

Dalam kereta, mulalah mulut bertih jagungnya berbunyi, bila tengok ayahnya jalan terus ke rumah.
'Tiha nak tengok bunga api, kat Sungai Udanglah umi,'
'Mana ada. Sungai Udang tu, kat rumah kitalah. Mana ada bunga api kat situ? Kita balik rumah jelah,'saya jawab.
Lepas tu, dia jawab,
'Tiha nak pergi Sungai Udang. Tiha tak nak balik,'
Saya dah mula tergelak tengok muka dia yang serius kan main. Ayahnya, menonton ajer. Sampailah kat rumah, dia sibuk nak pergi Sungai Udang.
Saya cakap" 'Nilah Sungai Udang,"
"Bukan. Kalau sini, Sungai Udang, mana Sungai Udangnya?,'
Saya senyum jer. Dah mula malas nak menjawab.(Tak baik kan? Huhuhu)

Sampai kat dalam rumah rupannya masih tak puas hati. Duk mengekor saya dari belakang.
"Umi, Tiha nak cakap sikit, boleh?,"
Mak Oiii... Ayat skema dia, bila tak puas hati. Saya tanya:
"Apa?,"
"OK. Umi kata sini Sungai Udang kan? Cuba Umi tunjuk kat Tiha mana Sungai Udangnya?,'
Ah sudah.... Dia punya soalan buat saya termenung. Mana nak ditunjuk sungai Udangnya? Hahaha.

Last2 saya suruh dia buka TV. Dah buka TV, macam biasa, dia biarkan TV terpasang, dia pula dah mula sibuk ngan agenda harian dia. Kelek buku2nya ke hulu hilir. Bersama tuala yang dibuat rambut kat kepala. Nasib baik. Dia lupa terus nak tengok SUNGAI UDANGnya. Hahaha.

MORAL OF THE STORY:
Jangan memain dengan budak2. Semua benda penting dan serius padanya. Ahaks.

1 comment:

dyea said...

aahahha....
bijak la juga tiha..berpikir ikut logic..kikikih...