Wednesday, January 14, 2009

Danny Delaila Jr. 2

DELAILA MASAK?
“Mak! Tolonglah orang. Macam mana ni? Kenapa jadi macam ni? Apasal meletup-letup ni?,”
Mak Som memandang kosong. Tersandar ke kerusi sambil mengurut pergelangan tangannya yang masih terasa sakit. Pandangannya dialihkan pada sayur sawi yang layu di dalam piring. Juga pada telur dadar yang hampir berwarna coklat. Garing. Separuh hancur pula. Perlahan dia menggeleng. Dia pandang pula ke arah anaknya.
“Mak! Kenapa…,”
“Assalamualaikum….,”
Kata-kata Delaila terhenti di situ. Suara orang memberi salam mematahkan bicaranya.
“Waalaikumussalam,”laju Mak Som menjawab.
Delaila menguak cermin nako di hadapannya. Mencari-cari suara aneh itu. Macam kenal.
“Siapa Laila?,”
“Entah. Tak Nampak,”
“Assalamualaikum, Mak Som,”
Delaila tersentak kecil melihat satu tubuh tiba-tiba muncul di muka pintu dapur bersama gelak kecil. Perlahan dia mengurut dada. Ibunya pula tersenyum panjang.
“Danny rupanya. Waalaikumussalam. Masuk,”
Delaila Cuma memandang tubuh yang membelakanginya itu. Patutlah suara seperti dia kenal. Rupa-rupanya teman baru yang baru dia kenal semalam. Tidak sangka budak lembut ini kini menjadi jirannya.
“Apa ni, Mak Som? Lahai… Mak Som yang masak ke? Kenapa sayur ni masak sangat ni? Mana sedap nak makan? Zat dan khasiat pun semua dah hilang ni. Ni.. Ya ALLAH. Naik garing telur ni. Tinggal nak rentung je ni. Dahtu, saya tengok nak macam roti jala dah rupanya. Macam mana nak makan ni? Mak Som masak ya?,”
“Tu… buka mangkuk tu. Tengok lauk tu pula…,”Mak Som bersuara sambil menjuihkan mulut ke arah mangkuk yang tertutup. Daniel akur. Perlahan membuka tudung mangkuk porcelain di atas meja. Bulat matanya sambil menutup mulut. Terkejut besar.
“Ya ALLAH! Dah tak ada rupa kari ikan. Hancur semuanya. Tengok. Teruknya pecah minyak….,”
“Hello…hello…apa ni? Masuk rumah orang kutuk-kutuk orang ni?,”
Daniel terdiam. Terkejut. Rupa-rupanya ada insan lain bersamanya. Bulat memandang wajah Mak Som. Sekali lagi dia menutup mulut.
“Siapa Mak Som?,”soalnya perlahan. Takut untuk berpaling. Mak Som tersenyum.
“Anak dara Mak Somlah. Siapa lagi? Hari tu, masa Danny datang, kan Mak Som cakap dia pergi kem belia kampung ni,”
Daniel tersengih. Perlahan memusingkan badan. Ingin melihat muka anak dara jiran barunya ini.
“Delaila! Awak rupanya,”
“Yalah. Aku. Dah tu, kau ingat siapa?,”
Daniel tergelak.
“Kenapa ni? Kenapa pakai macam ni?,”
Mendengar soalan Daniel, Mak Som tergelak. Memandang ke arah anak perempuan tunggalnya itu. Siap bercermin mata hitam. Takut minyak terpercik ke mata. Delaila mengetap bibir.
“Awak buat apa tu? Bau apa ni? Kuali awak dah berasap tu,”
“Hah?,”Delaila berpaling. Sedikit panik melihat kualinya sudah berasap. Ayam yang tenggelam didalam minyak juga sudah mula bertukar warna.
“Mak…,”
Daniel meletakkan mangkuk tingkat ke atas meja. Pantas dia melenggang merapati Delaila.
“Besarnya api,”laju dia menutup api dapur gas. Menjenguk ke dalam kuali. Ayam sudah mula rentung.
“Dah rentung Mak Som,”ujarnya sambil membawa tangan ke mulut. Menahan gelak di hadapan Delaila. Takut Delaila berkecil hati.
“Mana ada? Elok lagi tu…,”keras suara Delaila mempertahankan masakannya.
“Dah keras dah isinya tu…,”Daniel bersuara sambil meninggalkan Delaila terkial-kial mengeluarkan ayam dari dalam kuali.
“Auch..,”
“Kenapa Delaila?,”soal Daniel sambil menoleh.
“Kena minyak panaslah,”
“Hah? Teruk ke? Kat mana kena? Tulah..lain kali hati-hati. Nanti kalau kena tangan, susah nak hilang parutnya tu. Tak cantik tangan awak nanti,”
Delaila merenung wajah cemas Daniel. Kecoh.
“Sikit je lah,”
Daniel tersenyum. Menyambung langkahnya ke arah Mak Som.
“Apa kamu bawa ni?,”
Senyum Daniel semakin panjang. Suka mendengar soalan Mak Som. Pantas dia membuka mangkuk tingkatnya.
“Mak dengan ayah tak ada. Pergi rumah kawan dia. Saya pula, bosan duduk sorang-sorang kat rumah. Saya masakkan lauk ni. Ada paprik campur. Saya masak asam pedas ikan pari. Mak Som makan ikan pari tak? Dan, goreng ikan tongkol ni,”
Tiga mangkuk tingkat yang dileraikan, sudah pun tersusun di atas meja. Menerjahkan aroma yang membuka selera.
“Sedapnya bau,”
Daniel tersenyum mendengar pujian Mak Som.
“Banyaknya kamu masak,”
“Mana ada banyak. Tiga jenis je,”
“Kamu dah makan?,”
“Belum. Tak seronok makan sorang. Tu yang datang sini. Ingat nak makan dengan Mak Som,”
“Eloklah tu. Selera Mak Som pun dekat-dekat nak koma dah tengok lauk si Laila ni masak,”
Daniel tergelak. Delaila membuang pandang.
“Duduk, Danny,”
Daniel akur.
“Laila, ambilkan pinggan dengan nasi,”
“Ayam orang ni?,”soalnya sambil memegang pinggan berisi ayam goreng yang sudah hampir rentung.
“Kamulah yang makan. Tak pasal-pasal patah gigi palsu mak nanti,”
Mendengar jawapan Mak Som, Daniel tergelak besar. Mengekek-ngekek di atas kerusi. Delaila merengus geram. Bergerak hampir ke arah Daniel. Sengaja dia layangkan pinggan berisi ayam yang panas, ke lengan Daniel yang terbuka.
“Aduh,”
“Laila….,”Mak Som bersuara sedikit meneran. Delaila tersengih.
“Ops…sorry. Memang sengaja,”
Daniel tunduk. Membelek lengannya. Risau kalau-kalau lengannya itu melecur.
“Sikit je. Bukan kena minyak panas pun…,”
“Nasib baik tak ada apa-apa,”
Delaila menggeleng perlahan. Berlalu mencari mangkuk untuk mengisi nasi.
“Delaila tu, tak pandai masak ke, Mak Som?,”Daniel bersuara perlahan sambil menggosok lengannya yang masih terasa sedikit pedih.
“Tak. Mana pernah nak masuk ke dapur,”
“Ni… Kenapa dia masak ni?,”
“Tangan Mak Som. Terjatuh tadi. Terseliuh agaknya. Bahan-bahan semua dah siap. Mak Som suruh dia yang tolong masakkan,”
Daniel tersenyum. Sekali lagi memandang hidangan di atas keja. Kari ikan dan telur dadar yang separuh hancur. Sawi goreng yang terlebih masak. Ayam goreng yang hampir rentung. Ngeri!
“Boleh makan ke ni?,”
Mak Som tersenyum.
“Tawakal sajalah. Mengucap dulu sebelum makan,”
“Mengucap? Bismilah lah Mak Som,”Daniel membetulkan kata-kata Mak Som sambil tersengih.
“Yalah. Mula-mula Bismillah. Lepas tu, mengucap. Takut kena keracunan makanan, Kan tak sempat nak mengucap,”bisik Mak Som separuh bergurau. Gurau yang membuat tawa Daniel pecah lagi.
“Apa ni? Ngumpat oranglah tu,”
Mak Som Cuma tersenyum memandang wajah Delaila yang kelat. Mangkuk nasi diletakkan di tengah-tengah meja.
“Nasi ok, Mak Som. Elok je masaknya,”
Delaila jegilkan mata.
“Sejak bila pula kau jadi pengkritik ni?,”
Daniel tersenyum.
“Sorry…,”ujarnya perlahan.
“Memanglah okay. Nasi, Mak Som yang masak,”
“Oooooo…,”panjang Daniel menjawab. Siap berlagu lagi. Membuat hati Delaila membara.
“Kau diamlah. Datang rumah orang, kecoh-kecoh pula,”
“Laila…,”
Suara ibunya, membuat Delaila diam. Pinggan berisi nasi di hulurkan Daniel. Kemudian pada ibunya.
“Makan orang punya tau,”pesan Delaila apabila melihat laju tangan ibunya ingin mencedok kuah asam pedas yang Daniel bawa.
“Mak nak makan asam pedas dululah,”
“Tak apa.Delaila. Saya makan masakan awak, ya? saya nak rasa kari awak,”
“Makanlah,”balas Delaila sambil membawa beberapa ketul ayam goreng ke pinggannya.
“Ambillah paprik tu. Ikan goreng tu ke. Boleh makan ke ayam awak tu? Nampak macam keras sangat tu,”
“Bolehlah,”
Daniel memandang risau. Dengan yakin, Delaila menggigit kepak ayam. Perlahan Daniel menarik pinggannya. Selindungkan sedikit daripada Delaila. Risau ayam keras Delaila melompat masuk ke dalam pinggannya. Dia mengerling sekilas sebelum mencapai sudu. Mengacau kuah kari Delaila. Berbelah-bagi. Serba-salah. Perlukah dia cedokkan ke pinggannya atau sebaiknya dia batalkan saja. Kuah kari itu memang menakutkan. Pasti terlebih cili. Tidak pun, terlebih rempah kari. Sudahnya, dia mencedok seekor ikan yang masih cukup sifat ikannya. Perlahan mahu dibawa ke pinggannya.
“Aduh,”Daniel terjerit kecil. Sesuatu melayang ke kepalanya. Membuat sudunya bergoncang.
Sakit kepalanya.
“Subhanallah. Anak rimau masuk pinggan!,”Mak Som terjerit kecil. Ikan yang tiba-tiba mendarat di atas kepingan ikan parinya, membuat dia betul-betul terkejut.
Daniel terkedu. Sudu kaku di tangannya. Ikan di sudunya tercampak ke pinggan Mak Som. Dan kepalanya? Kepalanya terasa sedikit sengal. Dia menoleh. Delaila turut terkedu. Kepak ayam sudah tiada di tangannya.
“Ayam awak?,”
“Dah terbang. Kena kepala awak…,”Delaila bersuara kaku. Malu. Memang betul kata Daniel. Ayam itu sudah terlalu keras. Makin kuat dia gigit. Makin kuat dia tarik. Sudahnya ayam terlepas dari tangan.
“Delaila! Cuba sopan sikit,”
“Orang tak sengaja. Keras sangat. Terlepas dari tangan,”
“Sudah. Makan saja lauk si Danny ni,”
“Lauk orang ni?,”
“Mana yang boleh dimakan, makanlah,”
Delaila tersenyum sedikit. Sekurang-kurangnya usahanya selama hampir empat jam di dapur, dihargai. Namun, senyumnya pudar perlahan-lahan melihat wajah Daniel.
“Kenapa?, Daniel tersenyum. Tapi, senyumnya kali ini tidak manis seperti senyumnya sebelum ini.
“Pedas. Masin sangat…,”
Laju Delaila menceduk kuah karinya, lau dibawa ke lidah. Betul. Pedas. Masin. Tidak sedap! Dia pandang pula ke arah sayurnya yang tidak menarik langsung. Kemudian pada paprik campur Daniel yang berwarna-warni. Matanya kemudian teralih kepada telurnya yang separuh hancur, dan ikan tongkol goreng yang kelihatan sedap.
“Makan lauk Daniel jelah,”akhirnya dia bersuara lemah. Memang dia tidak pandai memasak. Daniel tersenyum.
“Tak apa. Lepas ni, saya ajar awak masak,”
“Tak payah. Terima kasih sajalah,”
Daniel tersenyum.
“Kalau kau cerita kat budak kelas, siap kau,”
“Tak..tak…saya tak cerita,”
Delaila diam. Tajam merenung wajah Daniel.
“Ingat tu,”
“Saya tak akan ceritalah,”
“Sudahlah tu. Makan jelah,”
Mendengar suara mak Som, Daniel mengangguk dan Delaila pula menceduk asam pedas hasil tangan Daniel.

****

19 comments:

Anonymous said...

hahahah,, pecah perut ni k.hanni,,apa pun tq sgt buat penbaca k.hanni happy

keSENGALan teserlah.. said...

hahaahahaha..
adoy... terbelit usus cmnieh..
lawak2..
ske2...
smbung2...
hehe...

Unknown said...

huahuahua...nk tergoolek rse ble bce..wakakaka...lawak gle..huhuhu

Anonymous said...

hahaha..
smpai kuar air mate ktawe..
lawak tol...
bez2..
hehe..

Anonymous said...

kelakar lah cite ni..ske sgt..cpt smbung ye k.hanni..

Anonymous said...

lawak r hanni ni, bantai gelak gle ni. hahahha

-tni-

nurhakim said...

hahahaha...
lwak tul lah n3 kli nie kak hanni..
skt prut ktwa di buatnya..
nsib baik xde org prsan sy glak kt dpan pc nie...hihi
cpt2 smbg tau kak hanni..

Anonymous said...

Hahahaha...lawak giler ar...
sye pn dh mcm org gila gelak bgai nk rak dpan PC nie....cover curi tulang bc novel...Wahaha....

Cayok kak Hanni...
Sambung cpt seket taw...

Aishah Hamzah said...

klakau gle....
tetgh mlm cm nie sye blh tergelak sorg2 bace kak hanni pnye cerita...

Anonymous said...

very funny....best ...

Mamasab Bakery said...

kelakarnya..smpai tergelang sorang2 depan pc nie. Best2.. sambung lagi yea..

-Ain-Dak In- said...

kelakar....
hahahaha...

atie md said...

thanks kak hanni.. best ceta ni... kelakar. kisah komedi remaja... nice

Anonymous said...

klaka seh cite ni
kire kak hanni ni bkn cite org dewasa je best cite remaja pon gempak

Anonymous said...

menarik la cite nie.. kite pun kurang pandai masak gk.. hehhehehe... =P

za said...

pipi saye tegang sbb sengih lebar2 dr td..tq utk story yg sgt2 menghiburkan nih.

♥corcraze♥ said...

anak rimau masuk pinggan??!!hahahah!!
gile klaka!!
sy pun xde la tau masak sgt tp xpenah jd mcm delaila masak tuh!
ikot je la resipi bulat2 kan..heheh!

Strawberi Comei said...

kelakarlaa..k.hanni...sya leh byangkn ayam tue terpellanting..ngee..

Anonymous said...

hahaha...lawak la...ktawa sorg2 time bce ni..huhu