Monday, September 29, 2008

Menjelang Hari Raya

Esok, 1 Syawal bakal muncul. Buat pertama kali di dalam hidup saya, saya terpaksa bekerja di hari yang mulia ini. And, ingin tahu sesuatu, perasaan saya cukup berbeza berbanding enam tujuh tahun yang lalu. Tidak sesebak dulu, apabila memikirkan kalaulah aku tidak dapat beraya bersama keluarga. Terfikir juga, keadaan yang mengubah kita, atau kita yang sudah berubah?

Hmmm... teringat dulu-dulu. Semasa menuntut di Uitm. Waktu macam ni, saya sudah berada di rumah mak. Bertungkus lumus dengan adik-adik. Kemaskan rumas. Jahit langsir (tak pandai pun. tapi, hentam sajalah), pasang langsir, cat rumah (ini part yang paling saya suka. Suka sangat cat rumah. Seronok), bersih halaman. Seronoknya saat-saat itu.

Tiga atau empat hari sebelum raya? Hehehe. Sibuk ke sana sini dengan kengkawan. Cari persiapan terakhir untuk di bawa pulang. Ingat kawan2 sekuliah. Di manalah mereka semua sekarang? Ke Masjid India... Ke Petaling Street... Kompleks PKNS...bandar Klang sekali sekala. Habis merata pergi berjalan. Cari buah tangan untuk keluarga. Seronoknya saat itu.

Satu dua minggu sebelum itu? Hehehe. Ini pun time yang best juga. Kalau masa tinggal kat hostel, berkumpul ramai2 pergi serang dining hall untuk berbuka. tapi, time sahur, tak sorang pun pergi. Sayang nak tinggal tidur. Hahaha. Tapi, bila menyewa, suasananya lebih seronok. sama-sama pergi bazaar ramadhan beli juadah. (bukan sama-sama masak. hahaha. Pemalaslah katakan). Tapi, untuk bersahur, tu, adalah juga masak sendiri. Most of the time... saya sahur dengan maggie ajer. cepat... mudah..dah lazat! (SEKARANG DAH TAK LALU TENGOK MAGGIE LAGI DAHHH)

DUA TIGA MINGGU SEBELUM ITU! INI YANG PALING PENTING NI! Semua duk serbu Hentian Putra. Cari tiket daaaa. Hahaha. Semangat betul. Sanggup pergi tiap2 hari semata2 nak dapatkan tiket. Takut woooo. Takut tak dapat balik raya.

Juga dalam masa ini,sibuk betul tengok kalender. Kalah Pak Menteri. Buat apa? Nak tahu buat apa? Buat apa lagi... cari kelas mana yang nak kena tuanglah. Kah Kah Kah. Siap setkan kelas mana yang nak kena ponteng tu. Demi raya punya pasal, x kisah dahhh. Lecturer nak bising, itu kendian punya story. Yang penting, mesti sampai kg seawal yang mungkin. Asyiknya saat-saat itu. Andai dapat aku putar kembali ke waktu itu......


SEKARANG...

Bila sudah berumahtangga. Punya keluarga sendiri, keseronokan itu seakan sedikit pudar. Tapi, rindu pada suasana sebegitu tidak pernah padam. Mungkin tanggungjawab yang membuat kita terleka.

Mak...
Tunggu kita ya. Nak balik lepas cuti raya ni... Rindu sangat kat tapai pulut. Ketupat palas. Nasi dagang. Dan, yang paling rindu ialah..... MAK! RINDUNYA KAT MAK DAN ADIK BERADIK. JANGAN BIMBANG. TAHUN DEPAN, INSYAALLAH, SAYA NAK BERAYA SAKAN KAT KAMPUNG. HARI RAYA PERTAMA DI SANA! INSYAALLAH


SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Friday, September 26, 2008

Apa Nak Buat

Apa yang aku nak karutkan kat blog ni ya? Tgh blur ni. daripada terletak je, teringin juga nak touch up. Japla.. Aku fikirkan dulu.

Ohh Tensionnya

Hadui! Bosannya hai ni. Ingat esok boleh cuti. Haram. tak dapat. huhuhu. Sedih sungguh.
So, esok kena datang kerja lagi.