Wednesday, December 31, 2008

Hmmm...Mana Sungai Udang?

Semalam, malam tahun baru. Balik dari kerja, saya terus ke rumah MIL. Nak ambik Fatiha. Nenek dia yang jaga dia. Sampai saja kat rumah, dia dah tidur. Kasihan anak umi. Tapi, tidur2 ayam saja rupanya. Tengah duk sembang dengan MIL, dia datang dalam mamai. Saja nak usik dia, saya tanya:

'Tiha nak tengok muka api?'
'Nak... Tengok bunga api kat mana umi?,' dia yang tanya tu.
'Tengok bunga api kat Sungai Udang (rumah saya)?,'MIL saya menyampuk sambil tersengih. Saja nak mengusik dia. Saya gelak.
'Ha ah,'saya jawab dalam main-main.
'Nak...Nak...Tiha nak tengok bunga api kat Sungai Udang,'serius betul jawabnya.
Kasihan tengok muka seriusnya saya cakap:
'Tak adalah. Tak nak pergi tengok bunga apilah,'
Dia diam terus. Sibuk pula mengacau saya makan nasi. Ingat selesai kat situ. Hahaha. Rupanya tidak.

Dalam kereta, mulalah mulut bertih jagungnya berbunyi, bila tengok ayahnya jalan terus ke rumah.
'Tiha nak tengok bunga api, kat Sungai Udanglah umi,'
'Mana ada. Sungai Udang tu, kat rumah kitalah. Mana ada bunga api kat situ? Kita balik rumah jelah,'saya jawab.
Lepas tu, dia jawab,
'Tiha nak pergi Sungai Udang. Tiha tak nak balik,'
Saya dah mula tergelak tengok muka dia yang serius kan main. Ayahnya, menonton ajer. Sampailah kat rumah, dia sibuk nak pergi Sungai Udang.
Saya cakap" 'Nilah Sungai Udang,"
"Bukan. Kalau sini, Sungai Udang, mana Sungai Udangnya?,'
Saya senyum jer. Dah mula malas nak menjawab.(Tak baik kan? Huhuhu)

Sampai kat dalam rumah rupannya masih tak puas hati. Duk mengekor saya dari belakang.
"Umi, Tiha nak cakap sikit, boleh?,"
Mak Oiii... Ayat skema dia, bila tak puas hati. Saya tanya:
"Apa?,"
"OK. Umi kata sini Sungai Udang kan? Cuba Umi tunjuk kat Tiha mana Sungai Udangnya?,'
Ah sudah.... Dia punya soalan buat saya termenung. Mana nak ditunjuk sungai Udangnya? Hahaha.

Last2 saya suruh dia buka TV. Dah buka TV, macam biasa, dia biarkan TV terpasang, dia pula dah mula sibuk ngan agenda harian dia. Kelek buku2nya ke hulu hilir. Bersama tuala yang dibuat rambut kat kepala. Nasib baik. Dia lupa terus nak tengok SUNGAI UDANGnya. Hahaha.

MORAL OF THE STORY:
Jangan memain dengan budak2. Semua benda penting dan serius padanya. Ahaks.

Azam? Entah....


Suka kat orang kat atas tu. Hahaha. Tp, tak de kena mengena ngan pic tu. Yang kena dukung tu? Yang tu ada sikit-sikit. Hmm...cakap pasal tahun baru. Rasanya macam nak dengar suara baby menangislah kat rumah. HMM BOLEH CONSIDER AS AZAM KE TU? Ahaks.

Honestly, rindu rasanya nak dengar suara baby. Hmm.... tak ada rezeki. Nak buat macam mana ya. Minta-minta nanti rezeki tu datanglah.

Monday, December 1, 2008

2 Dec 2008

Lama betul tak tulis apa-apa kat sini. Since raya hari tu. Nak buat macam mana. Dah species malas nak tulis dairy, tapi gatal gak nak create benda alah ni.

Nak cakap apa ya? Nothing muchla I think. Just nak release tension sikit...
Bz nya.... cam tak cukup tangan rasanya. (Kononlah). Sebab this month little bit bz la compared last month. Cik Boss dah pass all job to me. Huhuhu. --Dah tak hensem dah Cik Bos tu... Kalau cam last month kan, hensem. Semua keje kita dia buat. HAHAHA.

Sorry Cik Bos. Memang anak buahmu ini spesies suka ambik kesempatan. Apapun, tima kasih atas tunjuk ajar cik bos... Even take time to understand. HAHAHA....(Almaklumlah, dolu2 kita tak de ambik third languange for bahasa NEPAL la Cik Bos. So, miscommunication. HEHEHE).

N, all readers, hmm... kasihannya tengok luahan kamu semua kat cbox. So sorry. Bukanlah tak nak sambung. Tapi, tak ada masalah pembaca yang saya kasihi semua. So, bersabarlah ya. Lagipun, menulis n mengarang semua benda meraban tu, just to fill masa yg terluang. So, bila keje dah melambak.... kena tolak tepilah kejap. SORRY SEMUA...

Apapun, saya sayang anda semua yang sudi baca, n paling penting, sudi beri komentar yang bernas. LOVE U ALL...
Selalulah tegur anything yang dirasakan patut ditegur.

Hmmm... Apa lagi ya? Nanti2lah sambung. Nak sambung buat keje lak ni. TENSION ni. Kih Kih Kih... But mesti maintain senyum. HAHAHA. KALAU X SENYUM NANTI LAGI TENSION!!! Tul x?


Berhenti dulu....
Sambung lagi soon. Bila? HEHEHE
BIAR KERAJINAN INI YANG TENTUKAN....

Monday, September 29, 2008

Menjelang Hari Raya

Esok, 1 Syawal bakal muncul. Buat pertama kali di dalam hidup saya, saya terpaksa bekerja di hari yang mulia ini. And, ingin tahu sesuatu, perasaan saya cukup berbeza berbanding enam tujuh tahun yang lalu. Tidak sesebak dulu, apabila memikirkan kalaulah aku tidak dapat beraya bersama keluarga. Terfikir juga, keadaan yang mengubah kita, atau kita yang sudah berubah?

Hmmm... teringat dulu-dulu. Semasa menuntut di Uitm. Waktu macam ni, saya sudah berada di rumah mak. Bertungkus lumus dengan adik-adik. Kemaskan rumas. Jahit langsir (tak pandai pun. tapi, hentam sajalah), pasang langsir, cat rumah (ini part yang paling saya suka. Suka sangat cat rumah. Seronok), bersih halaman. Seronoknya saat-saat itu.

Tiga atau empat hari sebelum raya? Hehehe. Sibuk ke sana sini dengan kengkawan. Cari persiapan terakhir untuk di bawa pulang. Ingat kawan2 sekuliah. Di manalah mereka semua sekarang? Ke Masjid India... Ke Petaling Street... Kompleks PKNS...bandar Klang sekali sekala. Habis merata pergi berjalan. Cari buah tangan untuk keluarga. Seronoknya saat itu.

Satu dua minggu sebelum itu? Hehehe. Ini pun time yang best juga. Kalau masa tinggal kat hostel, berkumpul ramai2 pergi serang dining hall untuk berbuka. tapi, time sahur, tak sorang pun pergi. Sayang nak tinggal tidur. Hahaha. Tapi, bila menyewa, suasananya lebih seronok. sama-sama pergi bazaar ramadhan beli juadah. (bukan sama-sama masak. hahaha. Pemalaslah katakan). Tapi, untuk bersahur, tu, adalah juga masak sendiri. Most of the time... saya sahur dengan maggie ajer. cepat... mudah..dah lazat! (SEKARANG DAH TAK LALU TENGOK MAGGIE LAGI DAHHH)

DUA TIGA MINGGU SEBELUM ITU! INI YANG PALING PENTING NI! Semua duk serbu Hentian Putra. Cari tiket daaaa. Hahaha. Semangat betul. Sanggup pergi tiap2 hari semata2 nak dapatkan tiket. Takut woooo. Takut tak dapat balik raya.

Juga dalam masa ini,sibuk betul tengok kalender. Kalah Pak Menteri. Buat apa? Nak tahu buat apa? Buat apa lagi... cari kelas mana yang nak kena tuanglah. Kah Kah Kah. Siap setkan kelas mana yang nak kena ponteng tu. Demi raya punya pasal, x kisah dahhh. Lecturer nak bising, itu kendian punya story. Yang penting, mesti sampai kg seawal yang mungkin. Asyiknya saat-saat itu. Andai dapat aku putar kembali ke waktu itu......


SEKARANG...

Bila sudah berumahtangga. Punya keluarga sendiri, keseronokan itu seakan sedikit pudar. Tapi, rindu pada suasana sebegitu tidak pernah padam. Mungkin tanggungjawab yang membuat kita terleka.

Mak...
Tunggu kita ya. Nak balik lepas cuti raya ni... Rindu sangat kat tapai pulut. Ketupat palas. Nasi dagang. Dan, yang paling rindu ialah..... MAK! RINDUNYA KAT MAK DAN ADIK BERADIK. JANGAN BIMBANG. TAHUN DEPAN, INSYAALLAH, SAYA NAK BERAYA SAKAN KAT KAMPUNG. HARI RAYA PERTAMA DI SANA! INSYAALLAH


SELAMAT HARI RAYA SEMUA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Friday, September 26, 2008

Apa Nak Buat

Apa yang aku nak karutkan kat blog ni ya? Tgh blur ni. daripada terletak je, teringin juga nak touch up. Japla.. Aku fikirkan dulu.

Ohh Tensionnya

Hadui! Bosannya hai ni. Ingat esok boleh cuti. Haram. tak dapat. huhuhu. Sedih sungguh.
So, esok kena datang kerja lagi.