Sunday, January 11, 2009

Danny Delaila Jr. 1

HARI PERTAMA DI SEKOLAH BARU.

“Assalamualaikum semua. Saya kenalkan diri ya. Nama saya Danny. Eh, Sorry. Nama saya Daniel. Daniel Hakim,”
“Bin ke binti?,”
Sekilas Daniel menjeling pada suara yang bertanya. Dia diam sambil tercegat di tengah kelas. Geram. Sakit hati mendengar riuh gelak di dalam kelas. Dia tahu satu kelas ketawakan dia. Tawa itu membuat wajahnya bertukar warna. Malu. Dia memandang wajah guru kelas yang masih tidak dia tahu namanya itu. Mohon simpati. Mohon bantuan.
“Sudah…sudah… Biarkan Daniel habiskan cakap dia. Senyap semua!,”
Daniel tersenyum sedikit.
“Terima kasih cikgu,”Daniel bersuara sambil mengangguk lembut. Membetulkan dirinya di hadapan kelas. Dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu buang rasa malu ini. Dia mesti jadi seorang yang yakin pada diri sendiri. Dia tidak perlu berasa rendah diri. Dia tidak perlu berasa dia berbeza dari semua rakan baru di dalam kelas ini. Itu nekadnya!
“Saya dari KL,”tegas dia meyambung cerita. Mengukir senyum buat hilangkan resah sendiri.
“Kandang lembu ke?,”
Sekali lagi suasana kelas menjadi hingar. Daniel menjeling. Suara dari orang yang sama.
“Kuala Lumpurlah!,”dia tinggikan suara sambil mengetap bibir. Geramnya!
“Zakry. Sudah. Jangan nak menyakat,”
“Betul tu. Menyampah tau! Sudahlah tu cikgu. Saya tak nak cakap lagilah,”lembut suara Daniel memohon izin agar sesi memperkenalkan diri ditamatkan sahaja. Tidak suka terus menjadi objek gurauan di hadapan kelas.
“Alololo…manjanya dia. Dia dah merajuklah,”
“Zakry! Lagi sekali saya dengar suara awak, berdiri junjung bakul sampah tu kat luar kelas,”
Mendengar amaran itu, Daniel tersenyum simpul. Segera membawa jemarinya ke mulut. Lucu mendengar hukuman yang bakal diberikan. Pandangan dilempar pada Zakry yang sudah diam.
“Padan muka,”cebiknya sambil menjeling. Dan, dia Nampak Zakry mencebik. Dia pula, membalas cebikan itu sambil jelirkan lidah.
“Oklah Daniel. Awak sambung lagi,”
“Nak kena sambung ke cikgu? Ingat dah habis,”
“Belum. Cerita sikit latar belakang keluarga awak. Kenapa awak bertukar sekolah. Dan apa-apa yang awak rasa awak nak kongsi dengan kami,”
Daniel diam sejenak. Berfikir-fikir tentang apa yang mahu dikongsi bersama rakan-rakan baru di hadapannya.
“Hmmm… apa ya? Saya pindah ke sini, sebab ayah saya ditukarkan bertugas ke sini. Saya anak tunggal. Tinggal dengan mak dan ayah saya. Saya suka menjahit. Saya suka cipta fesyen baru. Memasak pun saya suka. Saya suka masak kuih, Suka…,”kata-katanya putus lagi. Kelas bising lagi. Tanpa sedar dia menghentak kaki. Melepaskan geram.
“Cikgu!,”dia berpaling menagih bantuan. Namun, senyum yang turut terukir di bibir guru muda di sebelahnya mematikan suaranya. Dia menjeling lagi. Semua ketawakan dia. Cikgu pun sama!
“Sorry. Okay Daniel. Awak bolek duduk di tempat awak. Delaila…Daniel duduk sebelah awak,”
Daniel tercari-cari pemilik nama Delaila. Mana hendak diletakkan punggungnya ini?
“Sinilah. Tempat awak kat sini,”
Dia memandang ke satu sudut di bahagian belakang kelas. Seorang pelajar perempuan berdiri menunjukkan meja yang kosong di sebelahnya. Dia tersenyum panjang. Itu Delaila rupanya. Laju langkah diatur mendekati gadis itu. Beg sekolah yang sedikit kosong disangkut pada kerusi dengan cermat. Kenudian, perlahan dia keluarkan tisu dari poket seluar. Lap kerusi yang kelihatan sedikit berdebu. Dia tersenyum pada Delaila yang merenung tajam ke arahnya.
“Hai Delaila…,”sapanya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Perlahan dan sopan. Membuat Delaila tersenyum panjang sambil menggeleng. Kemudian memalingkan muka memandang terus ke hadapan.
“Hurm…saya nak panggil awak apa ya? Awak boleh panggil saya Danny?,”
“Uish…pleaselah. Janganlah skema sangat. Saya…awak….eeeeeeee,”
“Dah tu, nak panggil apa?,”
“Apa-apalah,”
“Saya panggil Delaila ya? Saya suka nama awak. Macam special. Siapa bagi nama tu kat awak?,”
Delaila menoleh.
“Adik ipar kakak mak saya,”
Daniel ternganga. Siapa tu? Perlahan dia menggaru kepala sambil memandang wajah selamba Delaila.
“Ayah akulah.”Delaila bersuara apabila menyedari wajah Daniel yang masih terkulat-kulat.
“Ayah awak? Adik ipar…kakak..mak…awak? Oh… ya..ya.. betul. Ayah awaklah. Pandai awak buat lawak,”mengekek Daniel tergelak sambil menutup mulut, menyedari kegagalan dia menangkap apa yang cuba Delaila sampaikan. Delaila memandang tanpa senyum. Tanpa reaksi. Tanpa perasaan sebenarnya.
“Entah apa-apalah kau ni,”
Daniel tersenyum.
“Delaila…Daniel. Saya tahu banyak yang awak nak bualkan. Tapi, tunggu sampai habis kelas saya ya. Sekarang kita mulakan pelajaran kita hari ni,”
Delaila mencebik. Suara amaran Cikgu Badri dibalas dengan anggukan perlahan.
“Maaf, cikgu,”Daniel pula memohon maaf dengan penuh budi bahasa. Membuat Delaila menggeleng lagi. Cikgu Badri tersenyum sambil bergerak ke mejanya. Mencapai buku latih tubi ekonomi. Melihat buku itu dicapai, satu kelas menyelongkar beg. Mencari buku masing-masing.
“Saya tumpang tengok buku awak, boleh?,”
Delaila menoleh. Daniel tersenyum.
“Boleh ya. Saya belum ada buku ni,”
“Tengoklah…,”
“Terima kasih…,”
“Kalau tak malu,”
Senyum lebar Daniel mati tiba-tiba. Tubuhnya yang sedikit terangkat sambil dia mengangkat sekali kerusinya, juga mati tiba-tiba. Terkedu. Delaila tergelak.
“Sensitiflah kau ni. nak engok, tengok jelah. Tak payahlah nak minta permission segala,”
Bibir Daniel terukir senyum semula.
“Awak gurau ya?,”
Delaila mencebik sambil menggeleng. Malas menjawab soalan tidak mencabar itu, Delaila terus membuka buku latihan latih tubi ekonomi di hadapannya.
“Tapi, ada syaratnya tahu,”
Mendengar bisikan Delaila, Daniel mendekatkan telinganya.
“Syarat? Syarat apa?,”soalnya turut berbisik.
“Kalau kau nak share tengok buku ni, lepas ni, Cikgu Badri bagi latihan, kau kena buat. Faham?,”
“Awak buli saya ke?,”
“Tak adalah. Aku Cuma nak kau pandai. Itu tolong namanya. Bukan buli…,”Delaila berbisik lagi. Daniel mengangguk perlahan. tidak jadi menjawab apabila mata Cikgu Badri sudah tajam merenungnya. Dia tersengih sambil mengangguk perlahan. Isyarat meminta maaf kerana melanggar arahan guru itu secara tidak sengaja.

****

16 comments:

Anonymous said...

hahaha..kelakar lah Hanni..
teringat mula2 finas masuk sekolah

kena buli cam Daniel..skrg tak lg..
dah jd top student katakn

bagus jg column ni , sesuai utk remaja yg baru nak naik tu..
tahniah utk column ni..moga mendapat sambutan yg memberangsangkan

Anonymous said...

nyomelnyer kak hanni--nyomelnyer cite ni--suke ah kak hanni--nyomel! heheee..besh lah kak hanni

Nurul Habibatul Amini

Anonymous said...

hehe....cerita yg best...zaman kanak2 hhahah..c'yo2 kak hanni

~:: niz ::~ said...

nie de kena-mengena ngan cerpen danny delaila ek?

Anonymous said...

a'a la .
ade kena mengena dgn cerpen danny delaila ke ?
hehe goodjob hanni , best sgt !

Anonymous said...

Salam hanni,

best,best,best:D

ok sangat lah ni:D

teringat citer sutun:D

two thumbs up & keep it up:D

azi

keSENGALan teserlah.. said...

hahhaahaah..
lawak arh kak hanni...
msok ngn jiwe n umo sye..
heehhe..
ske2...
smbung2...
besh....

Anonymous said...

honey, nape sampai ade dua blog? agak susah untuuk membuka dua2 blog sekali. saya peminat honey, so rugi kalo akan terlepas karya dari honey.saya pasti idea honey semestinya datang mencurah2. tapi mengapa karya2 tersebut mesti ade 2 blog? kan lebih elok hanya krya2 tersebut hanya di dalam 1 blog? ermmm jus cadangan dr saya. agak menyusahkan bila kena buka dua2 blog sekali dan sentiasa pula kena refresh...

-bali putih-

Anonymous said...

salam...
chayok lah kak...
fresh n matang je cte nie...
xsbar nk tnggu smbgan cte nie...
hope2 meletop lah ek...hihi

*nurhakim*

misz nana said...

gini rupanya cara dorang kenal.. hehehe..

best cite ni..
teruskan kak hanni..

Unknown said...

kak, tahniah kak.. akak mmg mempunyai anugerah terindah..
cayalah ;-)

Anonymous said...

k.hanni bl nak de n3 br cite ni?ske sgt cite ni..

-Ain-Dak In- said...

adoi mak..
klaka lak ai cite ni..
hahahahaha....
sopan gitu danny ni..
hahahaha...

tp cam pnah bace la..
tp dimana ya??
hmmm.,,,
mgkin salah kot...

Unknown said...

ingtkn cite psl ank danny n deleila..rupe2nye cite psl dorg..ske2..heheheh

Anonymous said...

best la cite ni..leh wt novel dh.hehe...xpnh jmpa lg cite mcm ni..cma..npe tjuk cite ni danny delaila Jr?npe "Jr"?sy confuse la kak hanni..

♥corcraze♥ said...

ingat kan ni ank2 dorg..haha..rupenye the very first perkenalan yeh..
cutteeee...
tp tersalah imagine,ingt mase skola rendah,rupenye mnengah (subjek uco)
tp start all over ke??em,oke la jgk..
nak taw cane dorg rapat..

alah delaila gelak2kan dia,die tu pon tomboy,tp tomboy org tak bsg sgt kan,pengkid pon xde la mcm lembut kena ejek..