Saturday, January 24, 2009

Danny Delaila Jr. 3

HMM…DIA PUJAANKU…

Tidak berkelip matanya merenung ke tengah padang yang luas. Bersila sambil menongkat dagu. Dia suka berada di situ. Suka dengan pemandangan indah yang tersedia di hadapan matanya. Merenung dan terus merenung susuk tubuh yang selalu hadir di dalam mimpinya itu.
“Hey! Apa kau tengok tu?,”
Delaila tersentak. Sedikit terdorong ke hadapan apabila bahunya ditampar kuat.
“Sakit! Siot!,”
Suaranya separuh menengking sambil merenung tajam Ayuni yang tersengih. Tidak dapat kawal sebenarnya dengan pedih yang dibawa dek tangan Ayuni. Dengan tubuh montel itu, daya tenaganya juga memang mengkagumkan.
“Alaa.. sikit je. Bukan sakit pun,”
“Tak sakit kau kata? Cuba kau tengok tapak tangan kau tu. Dua kali ganda dengan tapak tangan aku tahu. Sakit!,”
“Alaa… sorrylah,”Ayuni bersuara lagi sambil menjatuhkan diri di sebelah Delaila. Kali ini, membuat Delaila hampir tersungkur apabila tubuh besar Ayuni menghimpit badan gadis itu.
“Bluehyppo! Tolonglah. Landing elok-elok sikit, boleh tak?,”
“Amboi. Lasernya mulut. Sorrylah. Aku tak sengaja. Hilang balancing laa…,”
Delaila tergelak. Kata-kata selamba Ayuni menjentik hati.
“Mana nak balance, lebih sana sini,”
Ayuni jelirkan lidah. Delaila menggeleng. Gerun melihat tubuh montel Ayuni bersama dua paket besar twisties di tangan gadis itu.
“Kau nak habiskan semua tu ke?,”
“Yalah,”
“Kawallah sikit. Tak elok makan junk food macam ni banyak-banyak. Hari-hari aku tengok kau kelek benda ni,”
“Don’t worry bebeh. Semalam aku beli ubat kurus baru. Lepas aku makan ni, aku makan ubat kurus,”
“Tak ada maknanya. Macam ni cara kau makan, baik kau hentikan impian kau nak kecilkan saiz tu,”
“Bila aku cakap, aku nak kecilkan saiz badan aku?,”
Delaila mengerutkan kening.
“Dah tu, kau beli ubat kurus, buat apa?,”
“Itu untuk maintain saja. Aku makan lebih pun, tak adalah berat badan aku naik melampau-lampau. Maintenance kena jaga,”
Delaila tergelak besar.
“Buang duitlah kau ni,”
“Bukan duit aku. Duit papa aku,”
Delaila merenung wajah selamba Ayuni yang leka mengunyah twisties.
“Bagilah aku sikit,”
“Tak eloklah makan junk food macam ni,”Ayuni bersuara sambil melarikan peket makanan ringannya. Tidak mahu berkongsi dengan Delaila.
“Kedekut,”
Ayuni ketawa kecil. Peket twisties dihulurkan pada Delaila.
“Apa kau buat kat sini? Bukan ke kau ada training bola jaring petang ni?,”
“Bola hilanglah,”
“Hah? Mengarutlah kau. Boleh pula bola hilang? Tipulah,”
Delaila memandang wajah Ayuni. Wajah itu kelihatan terkejut.
“Memanglah aku tipu. Kau percaya ke?,”
Ayuni menjeling. Hampir-hampir dia percaya dengan cerita itu. lebih-lebih lagi melihat wajah Delaila yang serius.
“Aku malaslah. Tensionlah aku dengan Munirah tu. Semua dia nak conquer. Biarlah dia main sorang-sorang,”
“Cikgu Najmah tak marah ke?,”
“Aku sakit perut ni…,”Delaila bersuara sambil menekan perutnya. Menyeringai buat-buat sakit. Ayuni tergelak besar.
“Penipu besarlah kau ni,”
Delaila tersengih.
“Cikgu Najmah tak ada petang ni. Tu pasallah Munirah tu jadi gila kuasa semacam. Ketua pasukan berkaliberlah katakan. Menyampah aku,”
Ayuni tergelak.
“Kau marah Munirah tu, sebab dia gila kuasa ke, sebab dia baik dengan Khairul?,”soal Ayuni sambil mengangkat kening. Delaila menarik muncung. Tidak menjawab soalan Ayuni. Matanya dihalakan semula ke tengah padang. Melihat Khairul yang tekun mendengar penerangan dari Cikgu Hafsham. Jurulatih sukan lompat jauh.
“Kau suka kat dia, pergilah approach,”
“Suka kat siapa?,”
Delaila tergamam. Merenung tajam wajah Ayuni yang tersengih sambil buat muka tidak bersalah. Suara di belakang mereka, tidak perlu untuk diteka lagi.
“Kau suka Khai ke?,”soalan yang membuat nafas Delaila terhenti itu, memaksa Delaila berpaling. Zakry tersengih sambil mengagkat kening.
“Kau jangan gatal mulut buat ceritalah Zack,”
“Aku dengar tadi…,”
“Kau dengar apa?,”laju Ayuni bertanya.
“Apa kau cakaplah. Gendut!,”
“Cakap baik-baik sikit ya. Jangan panggil aku macam tu. Aku ada nama,”
“Gendut,”
Ayuni menahan nafas. Zakry tersenyum lebar. Suka hati melihat wajah Ayuni yang merah menyala.
“Kau ni kan, kalau orang, macam-macam kau panggil ya. Macam kau bagus sangat ya?,”Delaila bersuara geram.
Zakry tergelak halus.
“Pergilah jauh-jauh. Kau kat sini, menyemak mata aku je,”tambah Ayuni.
“Apa pula aku. Kau tu yang menyemak. Kau duduk kat sini, terhalang pemandangan aku tahu. Ingat ada dugong sesat. Sekali, mak dugong,”Zakry menjawab sambil tergelak besar.
“Hey! Papan lapis. Jaga sikit mulut kau!,”
Delaila tergelak. Gelaran spontan yang keluar dari mulut Ayuni mencuit hatinya. Segera dia merenung susuk badan Zakry yang melidi.
“Papan lapis kena jemur tengah panaslah Yuni. Dah melengkung…,”tambahnya sambil tergelak besar. Menghilangkan gelak di bibir Zakry.
“Apa papan lapis?,”
“Kaulah papan lapis. Papan lapis reject. Pasal kena makan dek anai-anai,”
Delaila tergelak lagi. Ayuni tersenyum puas. Zakry mengetap bibir menahan geram.
“Gendut!,”
“Papan lapis!,”
“Bodoh!,”
Ayuni mencebik.
“Malas aku nak layan. Buang masa,”
“Tak apa. aku lebih suka kalau papan lapis ni tak layan aku. Aman hidup aku,”
Zakry merengus geram. Melangkah laju meninggalkan Delaila dan Ayuni.
“Papan Lapis! Kejap!,”
Zakry berpaling. Membuat gelak Delaila dan Ayuni semakin menjadi-jadi.
“Apa?,”
“Siap mengaku dia papan lapis tu,”ujar Delaila sambil menekan perut. Zakry terdiam. Sedar akan kesilapannya. Dia tidak sepatutnya berpaling apabila Ayuni memanggilnya papan lapis tadi! Ayuni tergelak kuat.
“Aku sibuk sekarang. Siaplah kau berdua. Aku balas dendam nanti,”
Ayuni dan Delaila terus ketawa tanpa menghiraukan wajah Zakry yang ketara menahan marah.
“Jangan laju-laju jalan tu, papan lapis. Kan terbang pulak kan,”
“Susah nak tangkap kalau terbang nanti,”tambah Delaila lagi.
“Delaila,”
Dalam ketawa yang masih menjadi-jadi Delaila berpaling sebaik namanya dipanggil. Melihat senyum manis Daniel, tawanya bagai bersambung.
“Apa yang lucu ni?,”
“Tak ada apa-apalah,”Ayuni menjawab sambil mengesat air mata yang mengalir ke pipi apabila tawa pecah di bibirnya tanpa henti.
“Apahal kau tiba-tiba tercegat kat sini ni?,”
“Munirah cari awak,”
“Aku sakit perutlah. Kau cakap saja kat dia aku tak boleh training,”
“Saya nak kena pergi ke sana semula ke?,”
“Yalah. Takkan aku pula nak pergi,”
Kalau tak pergi, boleh tak?,”
“Suka hati kaulah. Yang kau pergi sana, buat apa? Kau pun main jaring ke?,”
“Saya minat. Tapi, dia orang tak bagilah,”
Delaila tergelak lagi. Lurus betul lelaki ini. Sekilas dia merenung wajah Daniel yang sedikit murung.
“Danny, orang lelaki mana main bola jarring? Kau pergilah main bola ke… badminton ke…,”
“Saya tak sukalah. Dia orang main kasarlah,”
“Badminton?,”
“Nak kena kejar sana,kejar sini,”
“Hoki?,”
“Eii.. kayu dia keras. Kalau kena kaki… sakitlah,”
“Masak?,”sampuk Delaila.
“Yang tu…,”Daniel tersengih. Tidak jadi menghabiskan ayat apabila menyedari Delaila hanya mahu mengenakannya. Delaila tersenyum kecil.
“Boleh saya duduk?,”
“Duduk jelah. Itu pun nak minta kebenaran ke? Mat skemalah kau ni,”
Daniel tersenyum kecil. Berpusing-pusing mencari sesuatu. Sudahnya dia membuka beg sekolahnya. Mengoyak beberapa helai exam pad. Meletakkan helaian kertas itu ke atas rumput sebelum dia bersimpuh di situ.
Delaila tersenyum sambil menggeleng. Ayuni pula memandang sahaja. Mahu senyum, tetapi ditahan.
“Kenapa tak balik lagi? Kau bukannya masuk mana-mana sukan pun,”soal Ayuni sambil menyambung makannya.
“Malaslah balik awal-awal. Lagipun seronok juga tengok latihan ni,”
“Sukan apa yang kau suka?,”
“Hmm… entahlah. Saya pun tak tahu. Tak minat sangatlah,”
“Eh, apa yang lucu sangat tadi? Saya tengok bukan main lagi awak berdua gelak,”tokok Daniel dengan wajah ingin tahu.
“Tak ada apa-apalah,”balas Ayuni bersahaja. Daniel mengangguk perlahan. Tidak mahu memaksa. Dia memandang Delaila yang sudah pun membisu. Mata gadis itu kini terarah ke tengah padang.
“Awak tengok apa Delaila?,”
“Tengok Datuk Sitilah,”
“Hah? Mana? Apa Datuk Siti buat kat sini?,”
Delaila diam. Ayuni tersengih sambil menggeleng.
“Kau jangan percayalah temberang Laila ni,”
“Ingatkan betul,”
“Dia tengah tengok pujaan hati dia tu,”bisik Ayuni di telinga Daniel.
“Pujaan hati? Yang mana satu? Cikgu Hafsham ke?,”
“Cikgu Hafsham buat apa…,”
“Diamlah Yuni!,”Delaila bersuara tegas.
“Ops… empunya diri mahu semuanya biarlah rahsia. So, aku tak boleh ceritalah ya,”
Daniel tersenyum kelat.
“Tak apalah. Tak nak cakap tak apa,”
“Lama-lama, kalau kau baik dengan Laila, nanti dia ceritalah. Kau sabarlah,”
“Hey! Kau berdua boleh diam tak? Tensionlah aku!,”Delaila bersuara lagi. Ayuni memandang wajah Delaila. Sedikit hairan dengan perubahan suara Delaila. Matanya dilaihkan pula ke tengah padang. Bibirnya terukir senyum. Patutlah Delaila terus tension. Rupa-rupanya Munirah sudah berada di sisi Khairul.
“Kalau kau nak, kau kena usaha. Kena compete. Kalau kau diam macam ni, gigit jarilah,”
“Aku nak baliklah,”Delaila bersuara dingin. Pantas bangun.
“Saya balik dengan awak ya?,”Daniel turut bangun sambil mengutip kertas-kertas yang dijadikan hamparan.
“Ikutlah kalau tak malu,”balas Delaila selamba.
“Memang saya tak malu pun,”sampuk Daniel tersenyum. Sudah boleh terima dengan ayat Delaila yang satu itu.
Delaila menjeling sambil melangkah. Ayuni terkial-kial cuba bangkit.
“Danny, tolong aku,”
Daniel berpaling. Melihat Ayuni yang sedikit susah untuk bangun, Daniel menghulurkan tangan. Menarik tubuh Ayuni kuat.
“Ah! Terima kasih,”Ayuni bersuara sambil menyapu belakang punggungnya. Daniel tersenyum sambil menarik nafas panjang. Sedikit semput. Kertas di tangan segera di gumpal lalu di buang ke dalam tong sampah yang tidak jauh darinya. Dia mencari bayang Delaila. Gadis itu sudah jauh meninggalkannya.
“Delaila! Tunggulah saya,”separuh berlari dia Cuma bersaing dengan Delaila. Termengah-mengah sebaik tiba di sebelah gadis itu.
“Kenapa ni? Macam marah je…,”
“Kau diamlah Danny,”
“Kalau ada masalah, awak boleh cerita kat saya. Kalau saya boleh tolong, saya tolong awak,”
“Betul ke?,”
“Betullah. Awak ingat saya main-main ke?,”
Delaila memandang wajah Daniel yang sentiasa tersenyum manis.
“Tolong diam,”
Senyum Daniel hilang.
“Okay,”jawabnya sepatah dan terus mengekori langkah Delaila yang panjang. Langsung tidak ayu langkah gadis ini. Dia merungut di dalam hati.

****

18 comments:

ct zuraimi said...

hehehehe :)-

ivancomei said...

teringa kenangan zaman2 mude dulu.. wah! cm dh tue sgt la plak.. hehhehe.. kenangan2 mase skolah dulu, time ari sukan... =)

Anonymous said...

wahhhhhhhhh,,,menariknya kisah dd jr ni,terhibur jap

nurhakim said...

best..cpat2 smbg tau kak hanni..

puteri_mukhriz said...

best..ingat zaman sekolah dulu..bab mengejek jgn ckpla...seronokla..best2..sambung lg..

finas said...

bestlah citer ni ack hanni
sama macam kakak pernah alami....
kakak jadi cam danny...
happy go lucky....

atashinci said...

lawak ah....danny tu....
kalau sye de kwn mcm tu msti hri gelak.....
cpt2 smbung hanni....

keSENGALan teserlah.. said...

hahaahahah..
lurus tol danny nieh..
tg di delaila nieh plak asyik nk membuli jer..
ske2..
besh2..

misz nana said...

baiknya la si danny tu..

sambung lg akak..

~~Lolipop~~ said...

suke kat khai rupanya...
hmmm...
danny kecik ati ke tu??

bawangkechik said...

hurm...i like...
suke cite2 cintan2 remaja nih...
bile nak sambung nih kak???

cutegirl_95 said...

HUHUHU
best ye!!
kak hani,bla nak sambung???

iLaaulala said...

huhuhuh..best best..nk lg kak hanni..^_^

aishah said...

try bukak http://cintanovelku.blogspot.com/

krobi@koliba said...

cian danny, ada minat kt delaila tu..

oMMy fiRuz said...

Hy hanni..thx sudi jengok blog sy..novel YM tu mmg best bangat..saya suke..
DD jr ni novel terbaru ke??

♥corcraze♥ said...

hahaha..best3..tah2 masa ni danny dh mula suka kot dekat delaila??

kak hanni pls cepat sambung..
dr january lagi gila lama!!!
pls!!

Anonymous said...

giler funny...tringat zmn skolah dlu...time nkl2 duk kutuk mngutuk sesama sndri....miss all myfrenz..